Friday, May 11, 2012
Friday, April 27, 2012
ISU: PERMASALAHAN PERKEMBANGAN TEKNOLOGI DALAM BIDANG PERUBATAN
Pada era globalisasi masa kini, teknologi sememangnya sesuatu yang tidak
asing lagi dalam kehidupan seharian. Bidang perubatan juga mendapat tempias
penglibatan teknologi ini dalam memberi perkhidmatan kesihatan kepada
masyarakat. Dengan adanya penggunaan teknologi dalam perubatan, kita dapat
memberi rawatan yang lagi berkesan dan mudah. Sememangnya penggunaan mesin-mesin elektronik terutamanya ketika melakukan pembedahan sudah boleh dilihat di semua hospital
di negara kita. Tetapi sesuatu yang kita tidak sedar di sini adalah penggunaan
sistem komputer di hospital di mana ia masih tidak diperluaskan. Seperti yang
kita ketahui di luar negara, kebanyakkan mereka tidak lagi menggunakan kertas
untuk menyimpan rekod pesakit. Semua data mengenai pesakit dimasukkan ke dalam
sistem komputer dan data ini boleh diakses di mana sahaja oleh staff perubatan
termasuklah doktor, jururawat,pegawai farmasi,dietitik dan fisioterapi.
Sistem ini dikenali sebagai ‘electronic medical record’ dan berfungsi menjadi
sebahagian daripada sistem maklumat tempatan secara bersendirian yang
membolehkan penyimpanan, dapatan semula dan pengubahsuaian rekod kesihatan.Tetapi di
negara kita Malaysia sistem sebegini masih belum diperluaskan. Hanya terdapat
beberapa hospital yang menggunakan sistem ini. sistem ini juga memboleh pertukaran maklumat diantara hospital dapat dilakukan dengan mengakses maklumat melalui sistem.
Pada kali ini saya mahu
membincangkan beberapa faktor yang menjadi
penyebab di mana sistem ini belum dapat diperluaskan di hospital negara
kita.
1) Kurangnya kesedaran staf akan kepentingan sistem komputer
Di dalam perhatian selama saya menjalankan praktikal di wad, saya menyedari
bahawa tidak semua staf yang ada menyedari akan kepentingan sistem komputer. Mungkin
sebagai jururawat atau doktor kita hanya sibuk dalam menjaga para pesakit
sehingga tidak dapat memikirkan inovasi bagi penambahbaikan dalam system perkhidmatan
kita. Mungkin tugas ini boleh dimulakan oleh pegawai sains teknologi dan
maklumat yang terdapat di sesebuah hospital.
2) Staf tidak mempunyai daya saing
Daripada pemerhatian saya, tidak semua staf memiliki daya saing yang
tinggi. Sepatutnya kita haruslah bergerak selari dengan teknologi supaya kita
dapat maju seiring dengan orang lain dan juga negara luar. Semua orang perlu
ada sifat ingin memajukan dan menambahkan ilmu pengetahuan dari masa ke semasa
supaya kita tidak menjadi orang yang ketinggalan zaman dan tertinggal di
belakang.
3) Sikap sukar untuk menerima perubahan
Daripada pemerhatian saya kebanyakkan masyarakat kita mempunyai sikap negative
iaitu sikap sukar untuk menerima sesuatu perubahan. Mungkin apabila sistem ini
dilaksanakan ada yang mengeluh mengatakan sistem ini melambatkan proses kerja
mereka kerana mereka perlu menaip.Dan mungkin ada juga yang membangkang.Semestinya
sesuatu yang baru itu akan menjadi sukar
pada awalnya tapi tidak mustahil lama kelamaan ia akan dapat diatasi dan dapat
memudahkan proses.
4) Kewangan yang tidak mencukupi
Faktor yang terbesar adalah kurangnya kewangan bagi menampung
perbelanjaan untuk membeli portable komputer dan sebagainya.Seharusnya kerajaan
perlulah memperuntukkan wang bagi membiayai perbelanjaan ini. Kerajaan juga
perlu menyokong bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan yang lebih
baik. Tidak salah untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang lebih baik
daripada mengadakan program-program yang tidak memberi apa-apa manfaat kepada
rakyat.
5) Kurang tenaga pengajar dan kekangan masa
Bagi memastikan sistem ini dapat digunakan oleh semua orang dan memberi
manfaat kepada semua, perlunya semua staf untuk memahami dan mengetahui cara
bagaimana hendak menggunakan sistem tersebut. Di sinilah perlunya satu kelas
diadakan bagi memberi taklimat berkaitan penggunaannya kepada ketua-ketua
setiap unit. Masa yang padat bagi staf juga menjadi factor di mana system yang
baru tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya. System pentadbiran hospital
perlulah memikirkan langkah yang harus diambil bagi mengatasi masalah ini.
Saturday, April 21, 2012
10 GAMBAR BAHAN BANTU MENGAJAR
Sebagai jururawat, kita sering menghadapi masalah pesakit tidak mengambil ubat yang telah dibekalkan.Apabila masalah ini terjadi, masalah yang dihadapi oleh pesakit juga tidak dapat dirawat dengan lebih berkesan. Oleh itu, saya terfikir untuk menggunakan botal minuman ini sebagai bekas untuk menyimpan ubatan pesakit di rumah. Bekas ini juga terbahagi kepada tiga bahagian mengikut masa ubat itu perlu diambil. Dengan ini, pesakit tidak lagi mengalami masalah tertinggal salah satu ubatan yang patut di ambil sama ada pada waktu pagi, petang atau malam,
Sunday, April 15, 2012
10 GAMBAR INOVASI DAN TEKNOLOGI
1) MAGNETIC RESONANCE IMAGING
Nanoteknologi telah digunakan dalam pelbagai cabang dalam bidang
perubatan.Antaranya ialah pengimejan perubatan MRI(Magnetic Resonance Imaging)
merupakan salah satu teknologi yang menggunakan teknologi nanoteknologi. MRI merujuk
kepada kaedah penghasilan imej organ dalaman organisma hidup seperti manusia
melalui penggunaan partikel nano dan daya magnet yang kuat mengelilingi
badan.Imej yang dihasilkan dapat memberi gambaran 1000 kali lebih jelas
berbanding dengan bahan kontras(pewarna).Selain itu, imej tersebut dapat
diambil daripada pelbagai dimensi atau sudut.MRI tidak mendedahkan pesakit
kepada radiasi. MRI membantu doktor melakukan kerja-kerja diagnostik penyakit
dengan lebih mudah, cepat, jelas dan tepat.
2) ALAT BEKAM TERAPI MAGNET
Kebaikan Bekam plus terapi magnet ini
membolehkan ia dilakukan sendiri di rumah.Kegunaan terapi magnet dalam alat
bekam adalah untuk menambah keberkesanan membekam dan menambah kelancaran darah
di kawasan bekaman dan menambah kelancaran pengeluaran angin dari badan.
3) ALAT BANTU DENGAR
Implan koklea adalah alat bantuan pendengaran yang memberi
rangsangan auditori kepada pesakit yang mengalami masalah pendengaran.
Dihasilkan dengan dua bahagian; bahagian dalam elektrod penerima dan magnet
perangkai yang ditanam di belakang telinga manakala bahagian luar bertindak
sebagai pemproses pertuturan.Setiap satunya dikhususkan untuk pesakit yang
pekak sejak lahir, separa pekak dan mereka yang lahir tanpa lubang telinga.Jika
dulu implan koklea hanya membantu pendengaran, sesuai dengan perubahan
teknologi generasi baru koklea ini berupaya meningkatkan kualiti kehidupan
pesakit.Bezanya dengan implan koklea generasi lama adalah proses pembedahan
yang lebih singkat, kemampuan pengubahsuaian suasana persekitaran dengan
pesakit selain pesakit mampu menggunakan telefon bimbit dan I pod.
4) ALAT PENGESAN ALIRAN DARAH
Alat ini berfungsi untuk mengesan abnormaliti aliran darah ke
jantung.Alat pengesan bersaiz dua ibu jari itu akan diletakkan di saluran darah
atau endothelium iaitu punca kepada kerosakan jantung bermula.Dengan alat
tersebut, kerosakan pada jantung dapat dikesan sekurang-kurangnya dua tahun
lebih awal dan rawatan boleh diberikan dengan segera sebelum ia menjadi lebih
serius.Obesiti menjadi faktor kepada berlakunya pembesaran atrial kiri yang
meningkatkan risiko strok, ritma jantung tidak normal serta maut. Kajian yang
diterbitkan dalam jurnal American College of Cardiology itu mendapati struktur
jantung serta injap jantung turut mengalami perubahan yang berpunca daripada
obesiti.
5)ULTRA LONG ELECTROMAGNETIC WAVE MASSAGER
Ultra long wave dijumpai dan
direka oleh orang Jepun sebagai alat pemulihan dan penjagaan kesihatan..Fungsi
alat ini termasuklah menahan sakit dan menghilangkan inflamasi,mengeluarkan
toksin dan menguruskan badan,mengaktifkan sel darah dan mencairkan darah beku
serta melancarkan peredaran sistem urat.Ultra Long Electromagnetic Wave
Massager adalah alat fisiologi yang senang diguna dan dibawa. Anda hanya perlu
gunakannya di tempat sakit,tidak selesa, atau di mana ada penyakit,maka ia akan
membawa kesan perubatan yang baik. Zaman sekarang adalah zaman yang berentak
cepat,keperluan manusia adalah cara penggunaan yang ringkas,senang dan
berkesan.
6)SEIKETSU ANION & OZONE DISINFECTOR
Asap buangan yang dihasilkan
oleh pelbagai perindustrian, karbon monoksida yang dihasilkan oleh pelbagai
kenderaan dan sebagainya telah menyebabkan pencemaran udara yang serius di
seluruh dunia. Udara segar merupakan bahan kemewahan yang sukar diperolehi
untuk manusia yang hidup di dalam kota. Sayuran, buah-buahan dan pelbagai
daging mengandungi ubat pertanian, bahan mempercepatkan tumbesaran, bahan
pengawet dan sebagainya yang terlampau banyak merupakan kenyataan yang tidak
dapat dinafikan juga. Ia boleh menghasilkan udara segar seperti di kawasan
gunung atau hutan untuk ruangan aktiviti anda sepanjang hari. Pada masa yang
sama, makanan setelah diuruskan oleh ozone bukan sahaja bersih dari bahan kimia
yang mengancam kesihatan manusia, ia juga mengembalikan rasa aslinya yang enak.
7)NECK MASSAGER
Neck Massager diperbuat
mengikut teori perubatan barat, iaitu elektromagnetisma dan terapi perubatan
suhu tinggi. Ia merupakan satu alat perubatan dan penjagaan kesihatan yang
berteknologi tinggi serta boleh digunakan di rumah. Ia direka berdasarkan
ciri-ciri fisiologi dan patologi anatomi tulang belakang servikal. Ia
dihasilkan akibat integrasi terapi gelombang elektromagnetik ultra panjang,
terapi magnet, terapi terma gelombang haba dan terapi denyutan elektrik bagi
memberikan rawatan yang lebih pertinen, mudah dan berkesan.Alat rawatan ini
dihasilkan berdasarkan prinsip keselamatan, sains dan efikasi. Reka bentuk
luarnya diperbuat mengikut prinsip ergonomik, maka menjadikannya ideal digunakan
sebagai terapi untuk tulang belakang dan bahu manusia. Alat ini ringan dan
comel, serta dioperasikan melalui suis sentuh dan cip bersepadu yang khusus.
Persembahannya stabil dan boleh digunakan semasa tidur kerana ia selamat,
selesa dan senang.
8)KATIL TUKAR KERUSI RODA
Katil ini boleh berubah menjadi kerusi
roda dicipta khusus untuk penjagaan warga emas dan orang kurang upaya. Dengan
adanya katil sebegini warga emas yang tidak berupaya untuk berjalan boleh
melakukan pergerakan mereka sendiri tanpa bantuan daripada orang lain. Selain
itu , katil ini juga dapat mengelakkan daripada terkena kudis tekanan akibat
baringan yang terlalu lama.Produk itu dipamerkan di Pameran Robot Antarabangsa
di Tokyo, Jepun.
9) MESIN AUTOPSI
Mesin ini membolehkan doktor
melakukan bedah siasat atau autopsi tanpa membedah tubuh si mati. Ini kerana
mereka menggunakan pengimbas tiga dimensi (3D) yang boleh mengesan sehingga 80
peratus punca kematian berdasarkan laporan Reuters baru-baru ini. Antara
kelebihan autopsi maya itu ialah ia bersifat digital dan mempunyai rekod tetap
yang dicipta untuk membolehkan perkongsian menerusi Internet.Ia bersifat
digital, mempunyai rekod tetap yang dicipta untuk membolehkan perkongsian
menerusi Internet.Semasa autopsi yang mengambil masa kira-kira 30 minit, si
mati diletakkan di atas meja pemeriksaan manakala permukaan pengimbasnya yang
lebih besar daripada kotak dihubungkan dengan lengan robotik yang menjejaki
kontur seluruh tubuh.
10) MESIN PEREDARAN DARAH
Pada masa kini,pengurutan kaki
merupakan cara perubatan asli yang diketahui ramai,alat-alat fisiologi juga
semakin popular. Selama ini,Mesin Peredaran Darah menerokai pasaran dengan
kesan pemulihannya yang memuaskan. Selain daripada ia bermulti-fungsi dan
harganya yang munasabah,sebab utamanya adalah ia membantu pengguna-penggunanya
memperolehi kesihatan semula . Mesin Peredaran Darah ini direka berdasarkan
cara perubatan tradisi Cina termasuk urut kaki,`gua sa`,`akupunktual` dan
perubatan barat termasuk elektrik statik dan ‘ultra long wave’.Mesin ini boleh
menyelaraskan sistem peredaran darah dan urat di dalam badan manusia.
video teknologi dan inovasi
1) Blood Pressure Monitoring Wrist Watch
2) Self Blood Glucose Monitoring
3) X-ray Data Transmission
4) Eletronic Medical Record
5) MRI
6) RIM and Cell track
7) EMR
8) BioRepair Bands
9) New Personal Mobility
10) Mini Stepper
11) Infrared Cardio
Saturday, April 14, 2012
biodata
|
NAMA :NURUL FATIHAH BT SALAH HUDDIN
NO. MATRIK : A127495
PROGRAM : IJAZAH SARJANAMUDA KEJURURAWATAN SEPENUH MASA
SEMESTER : 6
TUTORIAL :HARI: KHAMIS
MASA:16.00-18.00
TEMPAT: MAKMAL KOMPUTER TERABYTE
EMAIL :thah188@yahoo.com.my
FACEBOOK : fatihah salah huddin
Subscribe to:
Posts (Atom)