Friday, April 27, 2012

ISU: PERMASALAHAN PERKEMBANGAN TEKNOLOGI DALAM BIDANG PERUBATAN



Pada era globalisasi masa kini, teknologi sememangnya sesuatu yang tidak asing lagi dalam kehidupan seharian. Bidang perubatan juga mendapat tempias penglibatan teknologi ini dalam memberi perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat. Dengan adanya penggunaan teknologi dalam perubatan, kita dapat memberi rawatan yang lagi berkesan dan mudah. Sememangnya penggunaan mesin-mesin elektronik terutamanya ketika melakukan pembedahan sudah boleh dilihat di semua hospital di negara kita. Tetapi sesuatu yang kita tidak sedar di sini adalah penggunaan sistem komputer di hospital di mana ia masih tidak diperluaskan. Seperti yang kita ketahui di luar negara, kebanyakkan mereka tidak lagi menggunakan kertas untuk menyimpan rekod pesakit. Semua data mengenai pesakit dimasukkan ke dalam sistem komputer dan data ini boleh diakses di mana sahaja oleh staff perubatan termasuklah doktor, jururawat,pegawai farmasi,dietitik dan fisioterapi.


Sistem ini dikenali sebagai ‘electronic medical record’ dan berfungsi menjadi sebahagian daripada sistem maklumat tempatan secara bersendirian yang membolehkan penyimpanan, dapatan semula dan pengubahsuaian rekod kesihatan.Tetapi di negara kita Malaysia sistem sebegini masih belum diperluaskan. Hanya terdapat beberapa hospital yang menggunakan sistem ini. sistem ini juga memboleh pertukaran maklumat diantara hospital dapat dilakukan dengan mengakses maklumat melalui sistem. 


Pada kali ini saya mahu membincangkan beberapa faktor yang menjadi  penyebab di mana sistem ini belum dapat diperluaskan di hospital negara kita.

1)    Kurangnya kesedaran staf akan kepentingan sistem komputer

Di dalam perhatian selama saya menjalankan praktikal di wad, saya menyedari bahawa tidak semua staf yang ada menyedari akan kepentingan sistem komputer. Mungkin sebagai jururawat atau doktor kita hanya sibuk dalam menjaga para pesakit sehingga tidak dapat memikirkan inovasi bagi penambahbaikan dalam system perkhidmatan kita. Mungkin tugas ini boleh dimulakan oleh pegawai sains teknologi dan maklumat yang terdapat di sesebuah hospital.

2)    Staf tidak mempunyai daya saing

Daripada pemerhatian saya, tidak semua staf memiliki daya saing yang tinggi. Sepatutnya kita haruslah bergerak selari dengan teknologi supaya kita dapat maju seiring dengan orang lain dan juga negara luar. Semua orang perlu ada sifat ingin memajukan dan menambahkan ilmu pengetahuan dari masa ke semasa supaya kita tidak menjadi orang yang ketinggalan zaman dan tertinggal di belakang.

3)    Sikap sukar untuk menerima perubahan

Daripada pemerhatian saya kebanyakkan masyarakat kita mempunyai sikap negative iaitu sikap sukar untuk menerima sesuatu perubahan. Mungkin apabila sistem ini dilaksanakan ada yang mengeluh mengatakan sistem ini melambatkan proses kerja mereka kerana mereka perlu menaip.Dan mungkin ada juga yang membangkang.Semestinya sesuatu yang baru itu  akan menjadi sukar pada awalnya tapi tidak mustahil lama kelamaan ia akan dapat diatasi dan dapat memudahkan proses.

4)    Kewangan yang tidak mencukupi

Faktor yang terbesar adalah kurangnya kewangan bagi menampung perbelanjaan untuk membeli portable komputer dan sebagainya.Seharusnya kerajaan perlulah memperuntukkan wang bagi membiayai perbelanjaan ini. Kerajaan juga perlu menyokong bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan yang lebih baik. Tidak salah untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang lebih baik daripada mengadakan program-program yang tidak memberi apa-apa manfaat kepada rakyat.


5)    Kurang tenaga pengajar dan kekangan masa

Bagi memastikan sistem ini dapat digunakan oleh semua orang dan memberi manfaat kepada semua, perlunya semua staf untuk memahami dan mengetahui cara bagaimana hendak menggunakan sistem tersebut. Di sinilah perlunya satu kelas diadakan bagi memberi taklimat berkaitan penggunaannya kepada ketua-ketua setiap unit. Masa yang padat bagi staf juga menjadi factor di mana system yang baru tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya. System pentadbiran hospital perlulah memikirkan langkah yang harus diambil bagi mengatasi masalah ini.

9 comments:

  1. Salam.

    Saya bersetuju dengan pandangan saudari tentang isu yang dibincangkan ini. Dalam hal ini, perkembangan teknologi yang pesat tidak akan berjaya diaplikasikan selagi tiadanya usaha dan daya saing yang diketengahkan untuk memajukan sistem perubatan berasaskan teknologi semata-mata. Setiap kakitangan sama ada di hospital atau mana-mana institusi kesihatan perlu membawa perubahan dari segi pemikiran dan perlakuan supaya permasalahan untuk mempraktikkan teknologi dan inovasi dalam kalangan pengamal perubatan tidak lagi menjadi isu dalam usaha untuk mencapai status negara maju dan berteknologi tinggi.

    NUR MUNIRAH BINTI OTHMAN (A127319)

    ReplyDelete
  2. Saya rasa isu ini perlu diketengahkan untuk kesedaran bagi menyelesaikan permasalahan perkembangan teknologi dalam bidang perubatan. Saya amat bersetuju dengan faktor kurang kesedaran daripada staf, kurang berdaya saing dan sikap sukar menerima perubahan. Mereka sukar berada dibawah tompok yang lama. Sikap staff itu sendiri membawwa kepada permasalahn ini. Apabila dikaji kenapa mereka malas untuk menggunakan teknologi dalam kerja seharian. mereka akan memberi alasan malas, susah dan tidak tahu untuk mempelajari teknologi. Walhal kursus-kursus telah banyak mereka hadiri untuk mempelajari teknologi. Setiap pekerja perlu ada sikap untuk menjadikan diri ke arah yang lebih baik.Untuk mencapai wawasan 2020 tahap teknologi kesihatan di negara kita perlu setanding dengan negara luar. Oleh itu kerjasama semua pihak perlu untuk menyelasaikan masalah ini.

    NUR SYAHIRAH ZAMAURI
    (A130608)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    saya bersetuju dengan pendapat saudari. EMR (Electronic Medical Report)bukan sesuatu yang baru dalam negara kita. Namun, sistem ini masih kurang diaplikasikan dan kurang mendapat sambutan. Disini saya ingin menambah sedikit berkaitan entri saudari. Faktor lain yang menjadi penyebab kurangnya penggunaan EMR dalam hospital negara kita ialah kurangnya publisiti daripada pihak kerajaan dan hospital itu sendiri. Publisiti adalah sesuatu yang sangat penting apabila hendak memperkenalkan sesuatu yang baru kepada ahli atau pekerja. Pihak kerajaan boleh membantu dengan cara memberi bantuan kewangan bagi hospital yang kurang mampu untuk membeli kelengkapan untuk tujuan mengaplikasikan EMR. Pihak hospital pula boleh menghantar wakil untuk mendapatkan pendidikan lanjut berkaitan EMR daripada vendor dan seterusnya wakil tersebut boleh mempromosikan dan menerangkan dengan lebih lanjut berkaitan EMR kepada pekerja yang lain.

    Siti Ina Shakinah
    (A127478)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih di atas pandangan saudari. Saya bersetuju dengn faktor publisiti yang dinyatakan.

      Delete
  4. Salam...
    Sememangnya tidak dapat dinafikan,penggunaan EMR di negara kita masih di peringkat rendah bebanding di negara lain dan hanya beberapa buah hospital kerajaan di Malaysia yang telah melaksanakan program penggunaan EMR seperti Hospital Selayang dan Hospital Sg. Buloh. Saya setuju dengan faktor-faktor penyebab sistem ini belum diperluaskan di Malaysia seperti yang dinyatakan diatas.Pada pendapat saya, peranan utama adalah usaha kerajaan kita sendiri adalah penting bagi memperluaskan penggunaan sistem ini kerana mereka adalah orang yang paling berkuasa untuk melaksaankan program ini secara besar-besaran.

    SHARIFAH NOORANIS ANISYA BT SYED ABU HASSAN
    A127261

    ReplyDelete
    Replies
    1. sememangnya kerajaan memainkan peranan yang amat oenting.Oleh itu, kita perlulah bijak memilih pemimpin yang jujur, amanah dan bijak bagi memimpin negara kita.

      Delete
  5. Salam.
    Perkembangan teknologi pada masa kini memang tidak boleh dinafikan.Malah kita sentiasa mempraktikkan pengunaan teknologi dalam setiap urusan kehidupan.Namun jika dilihat dari sudut perubatan,pengunaan teknologi memang masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan negara maju yang lain.Walaubagaimanapun,terdapat juga segelintir Hospital dan Pusat Perubatan yang telah mempraktikan pengunaan teknologi bagi urusan mereka.Sekiranya semua Hospital dapat mempraktikan pengunaan teknologi dalam urusan mereka maka banyak kemudahan yang diperolehi baik dari pihak mereka sendiri mahupun pihak penguna.Oleh itu,pihak kerajaan perlulah memainkan peranan mereka dalam merealisasikan impian ini selaras dengan wawasan 2020 yang telah diketengahkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke4.
    NURSUNIARYATI BTE JEPON
    A127501

    ReplyDelete
  6. Saya sangat setuju bahawa teknologi masa kini banyak mengubah cara hidup kepada kebaikan dan kemudahan kita termasuklah di dalam bidang perubatan pesakit. Sebuah hospital di barat ada menyatakan, pengunaan teknologi terutamanya untuk pemantauan pesakit koronik dengan sejenis alat teknologi terbaru yang dicipta telah terbukti bahawa peratus tahap kesihatan pesakit telah meningkat dua kali ganda berbanding tanpa pengunaannya. Bagaimana pula kita yang tinggal di negeri Asean ini, adakah sudah fasiliti ini di sediakan untuk pesakit koronik? Kalau teknologi ini banyak menyelamatkan nyawa pesakit koronik, kenapa kerajaan tidak menggunakan alat teknologi seperti ini?

    Hassanuddin Matzin
    (A138725)

    ReplyDelete
  7. Penggunaaan EMR di dalam sistem hospital amat berguna dan menolong melancarkan sebarang urusan. Faktor-faktor di atas perlu diatasi oleh semua pihak yang terlibat untuk memajukan sistem kesihatan di Malaysia.

    Kamariah Kamaludin
    (A127849)

    ReplyDelete