Pada era globalisasi masa kini, teknologi sememangnya sesuatu yang tidak
asing lagi dalam kehidupan seharian. Bidang perubatan juga mendapat tempias
penglibatan teknologi ini dalam memberi perkhidmatan kesihatan kepada
masyarakat. Dengan adanya penggunaan teknologi dalam perubatan, kita dapat
memberi rawatan yang lagi berkesan dan mudah. Sememangnya penggunaan mesin-mesin elektronik terutamanya ketika melakukan pembedahan sudah boleh dilihat di semua hospital
di negara kita. Tetapi sesuatu yang kita tidak sedar di sini adalah penggunaan
sistem komputer di hospital di mana ia masih tidak diperluaskan. Seperti yang
kita ketahui di luar negara, kebanyakkan mereka tidak lagi menggunakan kertas
untuk menyimpan rekod pesakit. Semua data mengenai pesakit dimasukkan ke dalam
sistem komputer dan data ini boleh diakses di mana sahaja oleh staff perubatan
termasuklah doktor, jururawat,pegawai farmasi,dietitik dan fisioterapi.
Sistem ini dikenali sebagai ‘electronic medical record’ dan berfungsi menjadi
sebahagian daripada sistem maklumat tempatan secara bersendirian yang
membolehkan penyimpanan, dapatan semula dan pengubahsuaian rekod kesihatan.Tetapi di
negara kita Malaysia sistem sebegini masih belum diperluaskan. Hanya terdapat
beberapa hospital yang menggunakan sistem ini. sistem ini juga memboleh pertukaran maklumat diantara hospital dapat dilakukan dengan mengakses maklumat melalui sistem.
Pada kali ini saya mahu
membincangkan beberapa faktor yang menjadi
penyebab di mana sistem ini belum dapat diperluaskan di hospital negara
kita.
1) Kurangnya kesedaran staf akan kepentingan sistem komputer
Di dalam perhatian selama saya menjalankan praktikal di wad, saya menyedari
bahawa tidak semua staf yang ada menyedari akan kepentingan sistem komputer. Mungkin
sebagai jururawat atau doktor kita hanya sibuk dalam menjaga para pesakit
sehingga tidak dapat memikirkan inovasi bagi penambahbaikan dalam system perkhidmatan
kita. Mungkin tugas ini boleh dimulakan oleh pegawai sains teknologi dan
maklumat yang terdapat di sesebuah hospital.
2) Staf tidak mempunyai daya saing
Daripada pemerhatian saya, tidak semua staf memiliki daya saing yang
tinggi. Sepatutnya kita haruslah bergerak selari dengan teknologi supaya kita
dapat maju seiring dengan orang lain dan juga negara luar. Semua orang perlu
ada sifat ingin memajukan dan menambahkan ilmu pengetahuan dari masa ke semasa
supaya kita tidak menjadi orang yang ketinggalan zaman dan tertinggal di
belakang.
3) Sikap sukar untuk menerima perubahan
Daripada pemerhatian saya kebanyakkan masyarakat kita mempunyai sikap negative
iaitu sikap sukar untuk menerima sesuatu perubahan. Mungkin apabila sistem ini
dilaksanakan ada yang mengeluh mengatakan sistem ini melambatkan proses kerja
mereka kerana mereka perlu menaip.Dan mungkin ada juga yang membangkang.Semestinya
sesuatu yang baru itu akan menjadi sukar
pada awalnya tapi tidak mustahil lama kelamaan ia akan dapat diatasi dan dapat
memudahkan proses.
4) Kewangan yang tidak mencukupi
Faktor yang terbesar adalah kurangnya kewangan bagi menampung
perbelanjaan untuk membeli portable komputer dan sebagainya.Seharusnya kerajaan
perlulah memperuntukkan wang bagi membiayai perbelanjaan ini. Kerajaan juga
perlu menyokong bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan yang lebih
baik. Tidak salah untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang lebih baik
daripada mengadakan program-program yang tidak memberi apa-apa manfaat kepada
rakyat.
5) Kurang tenaga pengajar dan kekangan masa
Bagi memastikan sistem ini dapat digunakan oleh semua orang dan memberi
manfaat kepada semua, perlunya semua staf untuk memahami dan mengetahui cara
bagaimana hendak menggunakan sistem tersebut. Di sinilah perlunya satu kelas
diadakan bagi memberi taklimat berkaitan penggunaannya kepada ketua-ketua
setiap unit. Masa yang padat bagi staf juga menjadi factor di mana system yang
baru tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya. System pentadbiran hospital
perlulah memikirkan langkah yang harus diambil bagi mengatasi masalah ini.